JOHOR BAHRU, 29 JULAI: Polis akan memohon sambungan reman terhadap suspek lelaki berusia 31 tahun yang disyaki menculik Albertine Leo Jia Hui, 6, di pusat beli-belah di Iskandar Puteri, yang tamat reman hari ini.
JOHOR BAHRU, 23 JULAI: Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri pada Sabtu.
JOHOR BAHRU, 24 JUN: Lapan individu dipercayai terlibat sindiket penyeludupan senjata api dan pengedaran dadah diberkas susulan kejadian dua penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Taman Abad, di sini, pada 14 Jun lepas.
JOHOR BAHRU, 3 JUN: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM520,000 selepas terperdaya dengan sindiket phone scam atau penipuan melalui panggilan telefon bulan lepas.
JOHOR BAHRU, 22 Mei: Dua pelajar yang ditahan susulan insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram Jumaat lalu sehingga mengakibatkan dua anggota polis dan seorang suspek maut dibebaskan tanpa syarat semalam.
JOHOR BAHRU, 13 MEI: Pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan dalam talian yang tidak wujud.
JOHOR BAHRU, 1 MEI: Polis menahan 11 individu disyaki terlibat tawaran kerja palsu dan pelaburan tidak wujud dalam serbuan di dua unit kediaman sekitar bandar raya ini, Isnin lepas.
JOHOR BAHRU, 17 MAC: Ibu kepada bayi lelaki berusia setahun enam bulan yang dipercayai maut akibat dikelar di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini, ditahan reman tujuh hari.
PASIR GUDANG, 17 MAC: Ibu yang disyaki mengelar bayinya sehingga mati semalam, sempat berkunjung bersama suami dan anak tunggal mereka ke rumah jiran untuk memberikan kuih donat sebagai juadah berbuka puasa sehari sebelum kejadian tragis itu.
JOHOR BAHRU, 17 MAC: Bayi lelaki berusia setahun enam bulan maut dipercayai dikelar ibunya di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang di sini semalam.
JOHOR BAHRU, 7 MAC: Polis Johor menumpaskan sindiket sindiket pengedaran dadah yang bertindak sebagai ‘one stop centre’ dengan membekalkan pelbagai jenis dadah utama dalam pasaran sejak Disember tahun lepas.
JOHOR BAHRU, 17 FEB: Warga emas kerugian RM1.28 juta selepas diperdaya pelaburan mata wang kripto tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.
JOHOR BAHRU, 12 FEB: Polis Johor menahan seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan kes perbuatan khianat memecahkan cermin sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara pada Sabtu lepas.
JOHOR BAHRU, 10 FEB: Dua lagi anggota daripada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, ditahan semalam bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang tukang cuci wanita, Isnin lalu.
JOHOR BAHRU, 31 DIS: Kerani wanita terpaksa berputih mata apabila wang miliknya berjumlah lebih RM1.08 juta lesap akibat diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis.
JOHOR BAHRU, 26 JUN: Wanita warga emas mendakwa kerugian RM3.5 juta selepas terpedaya dengan helah lelaki yang mendakwa dapat membebaskan anak perempuannya yang ditahan di Penjara Kajang, Selangor.
JOHOR BAHRU, 22 Feb: Polis Johor kini sedang mengenal pasti serta mengesan individu yang menyamar sebagai Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui Instagram, dengan menggunakan akaun ‘HRHCROWNPRINCEOFJOHOR’, dipercayai untuk memperdaya mangsa.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.